Latar belakang Dasar_Jiran_Baik

Pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20, AS sering kali campur tangan di negara-negara Amerika Latin secara ketenteraan demi melindungi kepentingannya di situ, terutamanya kepentingan perdagangan para peniaga AS. Sesekali sebuah negara kaya terasa bahawa hutangnya tidak dibayar balik dengan segera, kepentingan perniagaan rakyatnya turut tergugat, ataupun capaiannya kepada sumber alam tersekat, campur tangan atau ugutan ketenteraan sering digunakan untuk memaksa kerajaan yang terlibat supaya akur.

Sikap campur tangan sedemikian semakin tidak disenangi di AS, kerana ramai yang berpendapat bahawa cara AS menguruskan hal ehwal luar bagi pihak kepentingan perdagangan AS sahaja adalah seakan-akan imperialisme. Dikhuatiri bahawa campur tangan AS di Amerika Latin telah menimbulkan budaya kebencian dan anti-Amerika di rantau itu yang semakin menjadi-jadi dalam bentuk langkah-langkah ultra-nationalis dan perlindungan oleh kerajaan negara-negara terbabt. Contoh campur tangan AS termasuk pendudukan Haiti pada tahun 1915–1934 serta pendudukan Republik Dominica pada tahun 1916-1924.[3]